09 Jan 2016
Perjalanan kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh, Vietnam mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Saya, suami dan anak-anak menaiki pesawat AK522 yang dijadualkan sepatutnya bertolak dari Kuala Lumpur International Airport pada jam 2:05pm tetapi terpaksa ditunda ke jam 2:45pm. Pesawat terpaksa ditunda penerbangan ke jam 3:30pm kerana salah seorang paramugari mengalami kemalangan jalan raya. Semua penumpang terpaksa menunggu sehingga paramugari tersebut menaiki pesawat. Alhamdulillah, syukur kerana pilot agak bijak mengawal keadaan & meminta maaf di atas kelewatan keberangkatan pesawat. Tak tahu lah sama ada pilot memandu laju ke macam mana tetapi memang kami sampai agak cepat dari sepatutnya :-)
Sebaik sahaja sampai di airport Ho Chi Minh...haha..ni yang nak cerita sangat2 kat para pembaca blog. Mungkin malang nasib saya kot. Sebaik sahaja pegawai imigresen habis mengecop passport milik saya, pegawai tu membaling passport di atas meja dia dan passport saya hampir2 jatuh. Setelah selesai cop passport anak saya yg kedua, pegawai imigresen juga melakukan perkara yg sama. Mungkin kerana saya tengok & periksa cop passport pertama dan kedua, pegawai imigresen tidak lagi membaling passport anak saya yg seterusnya. Memang sesuatu yg kurang ajar & tidak beretika. Saya terasa nak marah tetapi saya ingatkan diri bahawasanya saya datang ke sini untuk bercuti bersama keluarga dan bukannya mahu menempah masalah. Kena ingat yg ini adalah negara bekas jajahan komunis. Pegawai imigresen dia memamg sombong giler, senyuman mmg xde tp suka tengok2 orang lain semasa buat kerja. Dia tidak akan tengok orang yg dia tengah cek passport tp dia akan perhatikan orang lain yg tengah beratur tunggu giliran untuk diperiksa oleh imigresen. Inilah pengalaman pertama kali saya pergi melancung passport dibaling oleh pegawai imigresen...sekian & terima kasih...:-)
No comments:
Post a Comment