11 Jan 2016
Lebih kurang jam 9 pagi, selepas bersarapan di kedai makan depan hotel. Kami sekeluarga keluar dan mengambil teksi untuk melawat church, post office & Hard Rock Cafe. Malang tidak berbau, suami saya dirompak oleh pemandu teksi yg kami naiki berdepan dengan post office. Habis duit MYR200.00nett dgn VND198,000.00nett diambil tanpa sedar. Pemandu teksi memang licik. Kami menaiki teksi dan meminta dihantar ke Saigon Mall. Mulanya teksi driver tau tempat tu. Sebaik sahaja teksi VINASUN bergerak dlm 100meter. Pemandu berpura2 teksi rosak. Enjin teksi mati tiba2. Saya ingatkan betul lah enjin rosak. Siap dia tunjuk kat suami meter teksi yg menunjukkan teksi memang tidak boleh start. Nak dijadikan cerita. Dia bagitau yg teksi rosak jadi kami kena ambil teksi lain. Dia minta bayar VND23,000 untuk tambang teksi ikut meter. Rupa2nya kami tiada duit kecil. Semasa suami keluarkan dompet untuk membayar, suami tidak sedar yang sebenarnya duit dia telah dirompak tanpa sedar. Pada waktu tu saya dgn anak2 sedang menunggu suami keluar dari teksi. Saya heran kenapa lambat sangat dia bayar. Kemudian, saya terus pergi kepada suami dan tanya kenapa lama sangat nak bayar. Suami kata duit kecik xde. Hmmm... Trs saya cek dompet saya. Saya kata duit kecil say hanya ada VND 18,000.00nett. Pemandu tu dah nampak pelik. Dia nak juga ambik duit tu. Ingatkan dia bagi diskaun pasal dah teksi rosak. Rupa2nya duit suami sy dah dikebasnya. Pemandu tu cepat2 berambus bila sy dah start bising kt suami & bertanya mana pegi duit VND dia. Selepas teksi tu dah hilang dari pandangan barulah suami noticed yg duit MYR200.00nett pun hilang dari dompet dia. Tuhan sahaja yg tahu masa tu betapa sakitnya hati kami sekeluarga. Kami terus balik hotel. Fobia naik teksi. Sampaikan tak lalu makan tp ingatkan anak2 kecik...gagahkan juga pegi bungkus makanan then makan dlm bilik shj.. Alhamdulillah...xde apa perkara buruk lain yg terjadi...ni cuma nak share kt siapa2 yg nk travel kt Vietnam supaya berhati2. Jangan sampai kejadian ke atas kami sekeluarga terjadi pada anda... :-(
No comments:
Post a Comment